Kebakaran | Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

2023-02-02 0

Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 12 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, Jalan Guru di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.38 tengah hari sebelum 40 anggota serta pegawai bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.